Sunday, 6 November 2011

Keris Gajahmada, Mencari saudaranya.

Jika disebut sahaja keris Tamingsari, sudah pasti ramai orang mengenalinya, keris yang sinonim dengan pahlawan terbilang bernama Hang Tuah itu dikatakan memiliki bisa yang mampu membunuh musuh sekelip mata.

Namun tahukan anda, mengikut ceritanya , keris Tamingsari sebenarnya dihasilkan bersama 2 bilah lagi keris yang serupa bentuknya, ketiga-tiga keris ini memiliki bentuk yang sama sebenarnya.

Adapun ceritanya lagi, ketiga-tiga keris itu dibuat oleh tukang keris handal yang bertapa lama, malah ketiga-tiga keris ini dikatakan juga dibuat dari jenis besi yang sama.

Tiga keris itu diberi nama Tamingsari, Langbuana dan Gajahmada, nama-nama itu diberikan mengikut sifat tuan punya keris tersebut.

Sebagaimana yang diketahui, Tamingsari yang kini dalam simpanan Sultan Perak, dulunya dimiliki oleh Hang Tuah, Laksamana Melaka, keris ini sangat hebat sehingga sesiapa yang memilikinya dikatakan akan memperoleh kuasa yang sangat luar biasa. tidak lengkap Tamingsari tanpa Tuah nya, dan tidak sempurna Tuah tanpa Tamingsarinya.

Kembar Tamingsari iaitu Langbuana, sehingga kini tidak tahu dimana adanya, dan siapa pula pewarisnya, dikhabarkan kerana sama hebatnya Langbuana dan Tamingsari, maka pemilik Tamingsari dan Langbuana telah berbincang, kerana tidak mahu terjadi perkara buruk kerana sama hebat akan khasiat keris mereka, maka Pemilik Langbuana telah turun ke laut dan cerita hikayatnya menjadi raja di lautan.

Maka hal kisahnya keris Gajahmada, berbentuk kecil akan saiznya, tidak sehebat bisa Tamingsari dan Langbuana, tapi lebih tinggi kegunaannya, ia dikatakan mampu menundukkan Tamingsari dan Langbuana.

Alkisah lagi keris Gajahmada ini dimiliki oleh seorang tua yang alim lagi bijaksana, kisah keris ini tersimpan rapi oleh laksana sikap merendah diri pemiliknya.

Kisah keris ini amat misteri, alangkah baiknya jika ketiga-tiga keris ini boleh disatukan kembali, maka harta warisan ini dan sejarahnya dapat dipelihara dan diceritakan dari zaman ke zaman. Andai pernah terdengar cerita ini, kisahkan dari mulut ke mulut, bahawa anda ada yang memiliki keris yang sama seperti ini. Harap dapat kita pertemukan bilah keris ini kembali.

BACA SELANJUTNYA - Keris Gajahmada, Mencari saudaranya.